Wednesday 17 July 2013

Bedak Thanakha@Tanaka

Kenapa Tanaka ? sebab bedak ni berasal dari kayu tanaka.

Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan masyarakat luar. Satu ketika dulu kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja disana untuk mencantikkan kulit.
Dinegara seperti Filipina, Bangladesh dan Thailand sudah tidak asing lagi dengan bedak Tanaka. Menurut masyarakat Myanmar, kulit kayu inilah yang mujarab digunakan sebagai petua untuk merawat dan mencantikkan kulit muka mereka. Tidak kira jenis kulit sensitif, normal, kombinasi,
semuanya boleh menggunakannya tanpa was-was. Boleh juga digunakan kepada bayi baru lahir. Ianya tidak memudaratkan kulit.
Kayu Tanaka ini, diasah di atas batu untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan. Tetapi ianya nampak seperti kita memakai bedak sejuk. Boleh diratakan ke muka dengan menggosoknya sehingga rata seperti kita memakai bedak. Ia Baik utk orang yang berjerawat dgn sapuan tebal di muka pada waktu malam seperti memakai MASKER.
Ianya dapat mengecutkan jerawat dengan cepat. Tanaka memberi kesan sejuk kepada kulit muka setelah kita memakainya.

Bedak THANAKA :

Hijau (Lemon) – sesuai untuk mencerahkan kulit,merawat jerawat kronik dankulit pucat

Pink (Rose) – sesuai untuk meningkatkan kolagen kulit dan merawat jeragat

Krim (Original) – sesuai untuk melembapkan kulit,merawat penuaan dan melembapkan kulit

Putih (Jasmine) – sesaui untuk merawat ruam,sesuai juga merawat ruam bayi,kulit kerin dan gatal-gatal.

KELEBIHAN BEDAK SEJUK TANAKA :

* Mengecut dan menghapuskan jerawat.

* Melindungi dari sinar uv matahari (sapuan nipis as a foundation) juga mengurangi tanda-tanda penuaan awal seperti kedutan halus dan jeragat

* Melicinkan kulit muka.

* Memberi kesegaran pada kulit.

* Mengurangkan kadar pengeluaran minyak / sebum pada kulit.

* Menanggalkan sel kulit mati.

* Ia membantu sejukkan kulit.

* Membersih & menengang wajah.

* Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi 1tahun keatas.

* Sesuai untuk semua lapisan umur.

* Menghilangkan ruam-ruam badan.

* Boleh digunakan dimuka dan badan.

* Menghilangkan gatal-gatal badan.

* Lembutkan kulit dan menghaluskan.

* Cerahkan kulit.

* Hilangkan jeragat.

* Menyejukkan dan mengurangkan minyak di kulit muka.

* Boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation.

* Selesaikan masalah kulit bukan sahaja di muka tapi boleh digunakan satu badan. 

CARA GUNA BEDAK SEJUK TANAKA :-

UNTUK JADIKAN SEBAGAI FOUNDATION
 cuma sapukan bedak tanaka secara nipis dan rata ke seluruh wajah menggunakan jari atau span muka.
*Tips: Renjiskan sedikit air pada wajah sebelum dicalit bedak agar sapuan licin dan nipis.

- UNTUK JADIKAN SEBAGAI BEDAK SEJUK
 cuma basahkan jari atau ambil sedikit bedak tanaka, letakkan ke dalam piring. Campurkan dengan sedikit air (jgn terlalu pekat / cair), kemudian sapu ke wajah. Biar kering 30 minit sebelum di scrub / cuci. Boleh juga di pakai sepanjang malam sewaktu tidur sebelum dicuci keesokannya.

Harga: RM 20.00 (big size).

No comments:

Post a Comment